Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, 7 July 2012

Songkok baldu

Assalamualaikum..

Entri ni khas untuk Diyana, harap dpt membantu :)
semalam saya dan future husband cari barang-barang tunang yg tak cukup lagi
memandangkan dia balik kampung hari ni sampai weekend kami tunang

Antara barang yang kami cari adalah songkok untuk dipakai masa akad nikah nanti
so,kami ke PKNS
sebenarnya saya tak tahu sangat pasal songkok ni,jadi tukang mengikut je,huhu
banyak jugak kedai yang jual songkok kat PKNS rupanya
pusing-pusing beberapa kedai cuba try test songkok2 mereka,
akhirnya jumpa yang dia berkenan
katanya yang tu paling selesa & kemas
harganya RM48 untuk songkok baldu tinggi 4inci
ada jugak 4,5,6 inci kalau tak silap

rupanya begini
ada lubang2,tak tahu lah untuk apa

gmbar dari google

kedai nya:

Aden tailoring,
Tingkat 1, PKNS Shah Alam
sebelah kedai frame

abang kedai tu ramah,siap ajar cara nak pakai songkok dgn btul
nanti kami nak terjah lagi sana untuk capal pulak :)

Sunday, 17 June 2012

Teaser baju reception


Assalamualaikum..

Lama tak update blog..bz amat ngan finals & engagement/wedding prep :)


Alhamdulillah cincin tunang dah beli
simple amat and kurang 1gram tapi i love it soooo much
sebab design nya modern, very me & hadiah pemberian future husband
rasa nak pakai terus sekarang jugak,hehe

Baju tunang still tak buat lagi,designer nya fokus kat benda lain dulu
habis je final nanti, akan jadi episode ala Project Runway kat rumah sebab kena bertungkus lumus siapkan baju sendiri,haha

Baju reception adik saya yg ditempah pada kawan saya, Syafiq Nasir dah siap & ambik weeked lepas
Alhamdulillah sangat berpuas hati
kemas & fitting sangat terletak elok kat badan adik saya
baju kahwin tunang abang saya pun ketiga-tiganya pun akan hantar kat Syafiq je
sebab sewa pun lebih kurang harga buat baju baru sendiri
lagipun Syafiq punya rate affordable :)


dia jugak bermurah hati tampal stones kat lace,hehe
design baju yang tgh popular sekarang..kurung moden dgn kain flowy
tapi dia guna bias cut and ada train sedikit kat belakang :)

kain chiffon beli di Osman Silk House dalam RM19.80 semeter kalau tak silap
 bidang 60" tak ringan sgt,tak berat sgt. just nice :)
Lining kain satin dari Kamdar
Lace dibeli jugak kat  Osman Silk House ,tak ingat berapa..dah lama gak adik sy beli
tapi kain lace kat Osman ni bagi saya lagi cantik dari Jakel & harga pun lagi affordable
cuma kurang choices banding Jakel

saya prefer beli kat Osman Silk House banding ngan Jakel
antara sebabnya adalah saya tak suka dengan layanan kat Jakel
sangat pushy & suka pndang rendah kat orang
kat Osman Silk House tu walaupun saya datang tengok2 je,setakat ni dorang layan baik je
tak pernah mendesak2  atau pun kerek bila saya tengok kain mahal2 yang memang tak mmpu nak beli

dulu masa belajar memang terpaksa beli kain kat Jakel Shah Alam sebab dekat
tapi sebab banyak bad experiences kat sana memang malas dah nak jejak
beli kain harga beratus2 tapi kerek nya lah org2 sana
mungkin sebab kami ni student je kot

ok lah,melalut pulak :p

untuk menaikkan seri baju adik saya, kami ke GM Klang beli pearls
beli 2 saiz sahaja



kami beli kat kedai K&K Crystal
kedainya nampak dari depan GM Klang tu
kami pergi pun tak tahu kedai mana jual pearls, main pusing2 je..nasib jumpa :D

untuk dpt hrga brong,minimum pmbelian adalah 12 utas
yang kecik sekali tu RM1 je seutas (harga borong)
yang besar sedikit tu RM1.50 seutas (harga borong)

saya beli pearls untuk baju reception adik saya & juga baju engagement saya :)
dalam RM30 kot untk 25 utas pearls
sangat affordable

Dah start da jahit pearls sikit2 kat baju adik sy
cuma dalam 3 jam sambil menghadap TV pun dah nak siap separuh yang bahagian bawah baju
patut ramai suka guna pearls berbanding beads, cepat penuh :)

Oh,kalau ada nak tanya ke apa2,email saya aimi.miboostudios@gmail.com
insyaAllah saya akan balas sebaiknya seperti B2B lain yg saya pernah email,
semua pun baik2 & sangat membantu :)

Friday, 11 May 2012

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri



Seorang yang bergelar isteri perlu berikan yang terbaik kepada suami mereka. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri. Kelebihan-kelebihan seorang isteri:
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 
8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
Source di SINI
P/S: merajinkn diri mbaca artikel2 bguna,hehe

Wednesday, 25 April 2012

DIY Kad kahwin

    Ini projek DIY untuk adik saya
dia dengan tunang dia cadang nak print sendiri je kad kahwin
print colour guna printer biase je

so,sebagai kakak yang prihatin, tengoklah cam mana rupanya design kad kahwin dia tu
sekali tengok..azabbb nya..
bagi saya la..memang cakap je kat dia depan2 camtu..
xde cakap belakang2 tapis2 punya

so,offer la nak tolong design kan
cadangan saya,print black atas kertas kraft paper

inspirasi dari google:







saya suruh dia pilih antara design2 tag yang saya ada
ada yang kerawang la,itu la,ini la
dia pilih ini


so, akan ada design pokok tu la nanti



p/s: kad kahwin saya pun nanti akan guna kraft paper 
tapi dalam bentuk postcard
takde lipat2 & design yang modern

kraft paper murah saiz A4 & A3 ada di kedai Westar di Pusat Komersil Shah Alam
tak ingat berapa sepeket tapi kalau ada member card cam saya, 
lagi dapat murah

Monday, 23 April 2012

DIY paper & fabric flowers

Semua tutorial dari SINI
saya hanya copy & paste untuk future use serta rujukan sendiri dan orang ramai ;D


Flowery swizzle sticks


tutorial di SINI
sesuai untuk deco meja pengantin



Blossom boxes


tutorial di SINI



Flower-wrapped Favors

  

tutorial di SINI


Pop-up Paper Bouquet


tutorial dari SINI



Pom-poms




tutorial di SINI



Fabric rose & peony


tutorial di SINI

p/s: kalau nak lagi cantik..guna 2,3 jenis fabric berlainan
contohnya, chiffon & taffetta/net



Silk-flower ring pillow

Silk-Flower Ring Pillow

tutorial di SINI

teringat puan Rilla punya ring pillow :)


Saturday, 24 March 2012

DIY Bilik Pengantin Paksu


ini bilik pengantin paksu saya..
dihias oleh mantan drah seni dlm famili saya iaitu pak teh saya
(maaf la kalo ayat saya macam tak betul :p)

pak teh saya memang talented
dari sekolah lagi da pandai menjahit & dia juga pernah belajar kulinari
mari menjamu mata tengok air tangan dia :)


katil ini memang dah ada
katil antik



perasan tak langsir,sarung bantal & kain atas katil tu semua sedondon?
semua tu pakcik saya jahit tau ;D


kelambu ni dari IKEA kalo tak silap

side table pun dari IKEA


suasana ketika malam
romantik kan,hehe


selamat malam pertama ;D

Tuesday, 6 March 2012

10 tips merancang majlis


10 tips merancang majlis Razak Ahmad dari Flora Etc.
Source:  Flora Etc.


Wednesday, 29 February 2012

Sweet!


:)

P/S: Tiada kaitan dengan unsur/pengaruh politik

Tuesday, 28 February 2012

DIY Bilik Pengantin


DIY bilik pengantin


Kali ini saya nak berkongsi pula DIY bilik pengantin yang saya tolong hiaskan untuk wedding kakak saya.
Kakak saya membeli set bilik tidur sebab dia nak berpindah ke rumah sendiri selepas kahwin. 
Actually, set bilik tidur ni antara hadiah kahwin ayah saya kepada kakak.
Oh,skema nya ayatku.hoho.
Ok, set ni dibeli dari Cavenzi. 
Saya tak rekemen langsung Cavenzi ni. 
Diorang beli and order dari showroom Cavenzi and then pihak Cavenzi hantar ke rumah.
Bila sampai je, mak datuk frame dia melendut uols.
Sampai pun lambat and tak sempat nak mintak tukar semula so guna je lah.
Memang kesian la dapat barang tak setimpal ngan harge kita bayar kan.

Ok.beralih ke bilik pengantin ni. 
Saya suka design yang modern and ala-ala bilik hotel,hehe.
So,hias la simple-simple.
Cadar kakak beli Aussino yang tengah sale.
Kalo uols nak membeli cadar, beli lah masa sale. Baru la berbaloi baloi.
Cadar putih je sebab boleh guna pakai.
Putih ni senang nak masuk dengan apa-apa warna pun.
Paling penting untuk bilik pengantin ni, jangan lah guna cadar zaman dulu-dulu tu yang meriah bagai tu.
Azab uols! 

Tolong jangan ikut contoh dibawah ni.
(Ampun tuan gambar!)



Tapi ikutlah contoh yang kat bawah ni.

Macam ni lah yang kita nak!


Mari kita lihat bilik pengantin kakak saya pula.

Overall view

View senget.
Apakah?

Side view



Perkara paling penting bagi bilik pengantin adalah selesa and comfy.
Pilih lah warna-warna yang soft supaya bila bergambar kat dalam bilik pengantin, pengantin yang menonjol bukan nya benda lain (macam set cadar yang azab!haha).
Jangan lupa tabur flower petals untuk membangkitkan mood yang lebih romantis ;)

Bila jadi port bergambar:



Merah mak ngah kita ni. 
(Ampun kakak!haha)

 
Rose petals!

KERJAGILASIMOLL photography




KERJAGILASIMOLL photography

This is one of my favorite wedding photographers.
Gambar-gambar diorang ni suci-suci je.
Nanti bila saya kahwin, ada jugak pasang niat nak hire diorang :))
Diorang ni baru juga bertapak di dunia wedding photograhy ni tapi work and hasil diorang macam dah lama & pro je.

Tengoklah sendiri work diorang kat entry ni
(Oh,ini bukan entry berbayar atau bodekan ye.Cuma peminat kipas susah mati mereka :D).

Bagi saya, nak memilih OP tu perkara utama harus di titik beratkan adalah sama ada pengantin dalam work diorang ni nampak gorgeous, suci & flawless atau tidak.
Ye lah kan, semua perempuan pun nak nampak ayu, suci & flawless kan dalam gambar-gambar wedding anda. Kalo tak mengaku, makna nya anda tipu!haha.
Saya yang biasa-biasa ni pun nak nampak hawt nanti masa BIG DAY saya,hehe.
(blushing2,hihi)
Oh, pengantin lelaki juga harus kelihatan kacak jugak!
(Kalau tak, tak sepadan pulak nanti dan jadilah kes Beauty & the Beast,haha)

Cuba lihat gambar-gambar mereka di bawah ini, semua pengantin dalam ni pun nampak hawt.
(tapi diorang ni masa biasa pun lawa-lawa jugak rasa nya :)) )



So sweet!

Suci je kan

Romantis

Cantik & flawless
Ayu & suci je
Cantik sangat!
Selain itu, perlu jugak tengok gambar-gambar detailing OP tu.
Small details macam hand bouquet, wedding dress, shoes, cake, deco, dll juga haruslah di abadikan dalam gambar.
Boleh tunjuk kat anak-anak & cucu bila tua nanti,hehe.
OP yang bagus perlu peka pada ini juga.
Kalo tak,sia-sia je kau deco susah payah kan..
(bagi bride-to-be yang DIY)
Betul tak?

Sila lihat di bawah ini pula.

Wedding dress

Wedding dress lagi
Wedding shoes pulak
Hand bouquet


Doorgift


Contoh kepekaan mereka lagi

Deco closeup


Peka kan diorang ni..

Wedding cake


Gambar-gambar di ambil dari: