Showing posts with label Wedding ideas. Show all posts
Showing posts with label Wedding ideas. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

What I want

Assalamualaikum

Pelik ke kalau saya tak nak kompang & di arak bagai?
Pelik tak kalau saya tak nak meja makan beradap pun 
tapi nak meja pengantin yang macam candlelight dinner berdua je?

Saya ada certain look & vision yang saya nak untuk wedding saya
saya ni simple je orangnya
pemalu dalam real life
kome cakap sepatah,sepatah la saya jawab,huhu

Saya taknak di arak bagai tu bukan apa, saya segan lah
tak suka jadi center of attention
lagipun saya simple & sempoi je orangnya

kalau boleh,nak lah ada masa greet guest2 saya
sembang2 especially old friends yang jarang2 sekali jumpa
tak nak lah asyik nak kena duduk kat pelamin je
tak nak protokol sangat lah,hehe

What I do know I want is a simple but sweet,intimate & beautiful wedding
guest pun max 500 orang je
tapi everyone will have fun & enjoy themselves

My wedding must have good food, sweets & more food
with beautiful deco hasil DIY bride sendiri

A photobooth area for my friends to be silly & take pictures
sebab most of them pantang tengok kamera,haha

A guestbook where I can keep & record wishes from the guests

Most importantly, I want everyone to enjoy themselves :))

Oh, the bride must also be beautiful & must be wearing a beautiful dress

That's all :))




Tuesday, 29 May 2012

Adi Suhaizat Sulong


Assalamualaikum..


Engagement/wedding progress saya masih tak berapa nak ada atau berjalan
tunggu ongkos dari scholar bakal suami baru lah kami akan start prepare
tunggu juga saya cuti sem akhir bulan depan baru fokus kat preparation
sekarang fokus kat kerja2 sekolah yang menimbun tuu
ish, dia ni..semua pun nak tunggu kan,haha

So,sementara tu nak story tentang sifu saya ketika di UiTM dulu,Adi Suhaizat 
nama glamournya yang saya panggil adalah Didi,hehe
dia banyak ajar saya macam2, tak kedekut ilmu langsung :)

Actually banyak jugak batch saya yang upcoming fashion designers
semua lelaki ya,yang perempuan macam saya takde pun,haha

Dia pernah menjadi assistant designer kepada Nik Erwan Roseli
pernah juga menjadi tenaga pengajar di Kemas, Sri Iskandar, Perak..



Kalau tengok majalah IP tu boleh la tengok baju dia di cover
baju another friend & 1 batch jugak Salleh Hamid 
sorang lagi Ehfan Ibrahim tu senior kami :)


Antara hasil karya dia

one of my personal fave
simple but nice :)

Inspirasi Perkahwinan
fashion show mana ntah
(sorry tak ingat :P)

Jelita

Jelita



Collection baju customer



 







Beadworks sample:






Some shoes dari collection dia:
tempah kat mana ntah,saya terlupa
real life lagi cantik2 kasut2 dia





Didi ni pun MUA jugak
dari masa belajar lagi dia buat freelance MUA & designer
MUA for weddings,photoshoot & events also

photoshoot
 



Gambar2 ni semua saya curi dari FB dia di SINI
boleh la tengok sendiri yang lain2,huhu


Tuesday, 1 May 2012

MOH & Bridesmaid

Assalamualaikum

Majlis saya ni sangattttt kecil2an sahaja tapi terharu bila kawan2 ramai yang semangat :)
setakat ni,saya ada 5 orang yang offer diri nak jadi pengapit
3 orang BFF masa degree, roommate saya yang cantik,Ita & BFF diploma, Sal
yang saya sendiri request adalah bestfriend saya,Shoe sebagai MOH
so,for now ada 6 :')
saya baru inform kawan2 terdekat je,yang lain tak inform pun lagi yang saya nak kawen :D
tak kisah pun sebenarnya,sorang pun jadilah
tapi mereka bersemangat pulak nak pakai baju sedondon
jadi layankan jelah
tak jadi pun takpe :)

sekarang tengah fikir2 nak diorang baju warna apa
sebab mereka semangat bertanya warna tema
warna tema saya taknak decide muktamat sebab kain akan dikirim ke FSIL yang akan ke Bandung bulan 7 nanti
tengoklah apa yang cantik kat sana ;)
terfikir juga warna cream sebab senang nak match dengan color apa2

walaupun, saya ni pendiam, xperamah & xramai kawan pun in real life, 
terharu bila dapat kawan2 yang macam ni :')

my BFF Shoe & MOH
(pandai bgaya & i trust her taste)




BFF Diploma,Sal

Biey,Ju & Aishah
(BFF ketika degree)


الملايو فتاة الماضي
Roomate ku Ita yang cantik
(baru kenal xsmpai 2 bulan pun sbnarnye,huhu)

Tengah fikir2 nak bagi doorgift apa pada mereka ;)
sebab kemungkinan bsar hmpir smua mreka akn trun pdg awl untk mbantu
yang saya thu,nak provide dorang with fresh flowers hb & maybe shawl
tengoklah macam mana nnti :))

Thursday, 26 April 2012

Wedding invitation canvas

 Tengah2 blogwalking mencari inspiration & ideas
terjumpa lah satu blog wedding invitation yang sangat awesome untuk saya


klik,klik,klik
jumpa lah invitation card yang cam best

Fabric Rubber Stamp Sydney Harbor Wedding Invitations 550x366 Kristina + Jons Sydney Harbor Fabric Wedding Invitations

nampak cam biasa2 je kan..
tapi sebenarnya dari kain canvas
kain canvas tu di cop & efek nya vintage, rustic
tak terfikir langsung kan

ini kalau tambah stitching dengan embroidery ni lagi lah best kan



Fabric Rubber Stamp Sydney Harbor Wedding Invitations3 550x366 Kristina + Jons Sydney Harbor Fabric Wedding Invitations

Fabric Rubber Stamp Sydney Harbor Wedding Invitations2 550x366 Kristina + Jons Sydney Harbor Fabric Wedding Invitations

so, ini lah akan menjadi main inspiration untuk wedding invitation saya
tak sabar pulak nak buat ;D

tapi fikir2 balik cam over pulakk
KIV dulu la,huhu

Wednesday, 25 April 2012

DIY Kad kahwin

    Ini projek DIY untuk adik saya
dia dengan tunang dia cadang nak print sendiri je kad kahwin
print colour guna printer biase je

so,sebagai kakak yang prihatin, tengoklah cam mana rupanya design kad kahwin dia tu
sekali tengok..azabbb nya..
bagi saya la..memang cakap je kat dia depan2 camtu..
xde cakap belakang2 tapis2 punya

so,offer la nak tolong design kan
cadangan saya,print black atas kertas kraft paper

inspirasi dari google:







saya suruh dia pilih antara design2 tag yang saya ada
ada yang kerawang la,itu la,ini la
dia pilih ini


so, akan ada design pokok tu la nanti



p/s: kad kahwin saya pun nanti akan guna kraft paper 
tapi dalam bentuk postcard
takde lipat2 & design yang modern

kraft paper murah saiz A4 & A3 ada di kedai Westar di Pusat Komersil Shah Alam
tak ingat berapa sepeket tapi kalau ada member card cam saya, 
lagi dapat murah

Tuesday, 24 April 2012

Dream pelamin

Assalamualaikum..
pelamin saya akan DIY je nanti
 dah adavision camne rupanya nanti dalam kepala ni

sebenarnya akan ikut mimpi yang saya pernah ada
mimpi dah lama ni
tak ingat berapa tahun yang lepas
(ikut mimpi..cheesy sgt!haha)

mimpinya saya kahwin bawah sebuah pokok yang besar
kat tengah-tengah padang yang penuh kehijauan & ada flowers
langit pulak biru & clear
so,that's going to be my inspiration

memang macam silly but what the heck
saya ni firm believer in achieving your dreams
saya hari tu baru cerita kat bakal suami
muka WTH je reaksi dia,hahaha

some real-life inspiration
source: miss x's pelamin

source: heed's pelamin

source: google
source: google

my most fave one:
shereen's solemnization pelamin by qarmasutra




 

             



the main feature nanti adalah ranting & flowers
budget rendah,tak semestinya tak boleh dapat hasil yang meletop kan ;D
yang penting kreativiti & usaha :)

pelamin adalah bawah tanggungjawab dia
dia lah nanti kena bertukang apa2 yang patut
cari ranting pokok,spray segala

p/s kepada en. Abu: sila buat 3d proposal ye
maam besar kena approve dulu ;D


Saturday, 21 April 2012

Senarai DIY

Assalamualaikum..


Senarai DIY saya:
mostly kemungkinan bulan 6,7 baru nak start,haha ;D

1. Invitation card
2. Solemnization dress
3. Solemnization veil & scarf
4. Hand bouquet
5. Doorgift (handmade chocs)
6. Gubahan hantaran
7. Pelamin (dengan expertise dia)
8. Welcoming signage
9. Mini candy buffet
10. Hiasan-hiasan tambahan
(bilik pengantin,etc)

Majlis kecilan sahaja tapi nak still lawa kan
dua-dua kami ni orang AD,takkan tak buat sendiri
sia-sia je kalau tak ;))

Saturday, 14 April 2012

My wedding dress inspiration


kome perasan tak gambar kat sebelah blog ni ---------->
tak ingat dari mana dapat
tapi memang jatuh cinta pandang pertama la :)

so,baju nikah saya akan saya design & berinspirasikan baju ini
sekarang ni tengah membuat sketches sambil memikirkan cara nak
translate baju mat salleh ni untuk baju nikah saya
sedang memikirkan juga fabrik yang sesuai & berpatutan
nanti saya akan kongsikan sketches saya ye
tak kisah la kome na tengok ke tak ;D


Tuesday, 10 April 2012

My wedding theme

Sekarang sesi berangan color theme
Banyak betul color yang cantik2, nak pilih camne ntah
Rambang mata jadi nya
Antara pilihan2 saya









Semuanya bergantung pada kain lace akan dibeli nanti
Yelah,kang beriya na light grey + plum + powder blue
tapi takde choices kain lace warna tu
Tunggulah dalam bulan 6 nanti sebab rancangnya masa tu nak beli kain
Tak boleh beli kain lambat sangat, nanti tak sempat nak siapkan
Design baju pun tengah develop dah,hehe
Excited!
:)

Saturday, 24 March 2012

Beaded dress

  Dakota Fanning 
cantik sangat chiffon beaded dress yang Dakota Fanning ni pakai
tapi ada ke fabrik camni kat Malaysia?

Sunday, 4 March 2012

DIY Hantaran Fresh Flower Ali

Ini pulak gubahan hantaran fresh flowers untuk abang saya, Ali.
Ada 5 hantaran kesemua nya.

Engagement Ring




Close up




Cincin dah takde. Masa ni dah selamat disarungkan,hehe.

Fruits
Vase ni abang yang pilih. Besar-besar sangat takut dulang ni tak tahan katanya.
Tapi ok je padahal. Nenek kata kedekut letak buah sikit je,haha.
Buah anggur tu saje letak depan sebab vase tu tak muat.
Make it work!
Moto Tim Gunn moto saya jugak :)) 


Kain pasang
(Hand-drawn batik dari Terengganu)

Maklumlah, kami kan asal Terengganu so ayah nak sponsor.



A different view :))


Cake


Tepak sireh & sireh junjung


Different view

Kenapa ada tepak sireh + sireh junjung tu sekali?
Actually, asalnya nak bagi sireh junjung je tapi tiba-tiba sehari sebelum majlis tu, Ika, tunang Ali call kata Atuk Sedara nya nak tepak sireh jugak. Something yang kena mengena ngan adat.
Mujur lah rumah kami memang ada tepak sireh so takde hal la.


Ali nak warna tema purple dan nak penuh meriah dengan bunga-bunga.
Nak ala-ala garden katanya.
Jadi saya yang menurut perintah memilih dark purple Orchids, light pink Carnations, light purple Chrysanthemums serta Eustoma Champ Pack & Baby's breath sebagai filler flowers.
Sebenarnya saya rasa macam terlalu padat and penuh tapi rugi pulak bunga banyak lebih so guna je lah dari membazir kan. Abang pun nak penuh-penuh, so ikut je lah. :D

During the engagement ceremony