Showing posts with label Wedding dress. Show all posts
Showing posts with label Wedding dress. Show all posts

Sunday, 17 June 2012

Teaser baju reception


Assalamualaikum..

Lama tak update blog..bz amat ngan finals & engagement/wedding prep :)


Alhamdulillah cincin tunang dah beli
simple amat and kurang 1gram tapi i love it soooo much
sebab design nya modern, very me & hadiah pemberian future husband
rasa nak pakai terus sekarang jugak,hehe

Baju tunang still tak buat lagi,designer nya fokus kat benda lain dulu
habis je final nanti, akan jadi episode ala Project Runway kat rumah sebab kena bertungkus lumus siapkan baju sendiri,haha

Baju reception adik saya yg ditempah pada kawan saya, Syafiq Nasir dah siap & ambik weeked lepas
Alhamdulillah sangat berpuas hati
kemas & fitting sangat terletak elok kat badan adik saya
baju kahwin tunang abang saya pun ketiga-tiganya pun akan hantar kat Syafiq je
sebab sewa pun lebih kurang harga buat baju baru sendiri
lagipun Syafiq punya rate affordable :)


dia jugak bermurah hati tampal stones kat lace,hehe
design baju yang tgh popular sekarang..kurung moden dgn kain flowy
tapi dia guna bias cut and ada train sedikit kat belakang :)

kain chiffon beli di Osman Silk House dalam RM19.80 semeter kalau tak silap
 bidang 60" tak ringan sgt,tak berat sgt. just nice :)
Lining kain satin dari Kamdar
Lace dibeli jugak kat  Osman Silk House ,tak ingat berapa..dah lama gak adik sy beli
tapi kain lace kat Osman ni bagi saya lagi cantik dari Jakel & harga pun lagi affordable
cuma kurang choices banding Jakel

saya prefer beli kat Osman Silk House banding ngan Jakel
antara sebabnya adalah saya tak suka dengan layanan kat Jakel
sangat pushy & suka pndang rendah kat orang
kat Osman Silk House tu walaupun saya datang tengok2 je,setakat ni dorang layan baik je
tak pernah mendesak2  atau pun kerek bila saya tengok kain mahal2 yang memang tak mmpu nak beli

dulu masa belajar memang terpaksa beli kain kat Jakel Shah Alam sebab dekat
tapi sebab banyak bad experiences kat sana memang malas dah nak jejak
beli kain harga beratus2 tapi kerek nya lah org2 sana
mungkin sebab kami ni student je kot

ok lah,melalut pulak :p

untuk menaikkan seri baju adik saya, kami ke GM Klang beli pearls
beli 2 saiz sahaja



kami beli kat kedai K&K Crystal
kedainya nampak dari depan GM Klang tu
kami pergi pun tak tahu kedai mana jual pearls, main pusing2 je..nasib jumpa :D

untuk dpt hrga brong,minimum pmbelian adalah 12 utas
yang kecik sekali tu RM1 je seutas (harga borong)
yang besar sedikit tu RM1.50 seutas (harga borong)

saya beli pearls untuk baju reception adik saya & juga baju engagement saya :)
dalam RM30 kot untk 25 utas pearls
sangat affordable

Dah start da jahit pearls sikit2 kat baju adik sy
cuma dalam 3 jam sambil menghadap TV pun dah nak siap separuh yang bahagian bawah baju
patut ramai suka guna pearls berbanding beads, cepat penuh :)

Oh,kalau ada nak tanya ke apa2,email saya aimi.miboostudios@gmail.com
insyaAllah saya akan balas sebaiknya seperti B2B lain yg saya pernah email,
semua pun baik2 & sangat membantu :)

Monday, 7 May 2012

Finalize design untuk solemnization dress

Assalamualaikum semua :)

Thanks for everyone punya input on the previous post
after discuss with future husband, we decided to choose the 4th design
actually,saya tunjuk & suruh dia yg pilih :)

the chosen one :)


reason dia?

1-sleeves mcm tu boleh hide sy punya lemaks2 degil di lengan
(lengan sy ssahny nak trun/mngecil... T_T)

2-cutting princess line boleh nampak lagi slim

semua sebab pun adalah atas dasar vanity semata2,haha
lagipun sekarang haruslah start dengar & patuh cakap suami :P
(ayat dia,bukan ayat saya :D)
tapi akan berubah sikit mengikut element2 design lain yang saya suka
so,win-win di situ

reason 2 shaja boleh dipakai
sebab design sleeve xblh kembang kalo bwh dah kembang
kalo tak nanti smua pun nmpak kembang,haha

boleh lah proceed membuat pattern & toile :)

Sunday, 29 April 2012

My wedding dress sketches


Assalamualaikum

Saya nak berkongsi sketches baju nikah yang saya design & InsyaAllah akan dijahit juga sendiri
(tapi atas bantuan tnjuk ajar kwn2 yang lebih arif,hehe)
sketches keras sikit memandangkn dah sthun xbuat,huhu

1st design

2nd design
(kurung moden)

3rd design
4th design

sorry gambar kurang kualiti, xsmpt nak scan elok2 lagi :D
semua design adalah dress kecuali 2nd design sahaja, yang kurung moden
tengah fikir lgi yang mana terbaik & tak membuatkan saya nmpak montel
harap2 sempat lah kuruskan badan sikit :)

bawah akan insyaAllah gunakan kain net
contoh seperti design kawan saya ni, Adi Suhaizat:


dress ni masuk majalah Inspirasi Perkahwinan bulan Mei katanya
 dia kata bahagian bawah tu guna kain net 20 meter
tak mampu la na guna sebanyak tu T_T


P/S: dia ni upcoming wedding fashion designer tapi tak tahu lah rate dia berapa
kerja dia memang halus & teliti
dia ni cikgu tak rasmi saya,saya ni bab construction bebal sikit,haha




Saturday, 14 April 2012

My wedding dress inspiration


kome perasan tak gambar kat sebelah blog ni ---------->
tak ingat dari mana dapat
tapi memang jatuh cinta pandang pertama la :)

so,baju nikah saya akan saya design & berinspirasikan baju ini
sekarang ni tengah membuat sketches sambil memikirkan cara nak
translate baju mat salleh ni untuk baju nikah saya
sedang memikirkan juga fabrik yang sesuai & berpatutan
nanti saya akan kongsikan sketches saya ye
tak kisah la kome na tengok ke tak ;D


Saturday, 24 March 2012

Beaded dress

  Dakota Fanning 
cantik sangat chiffon beaded dress yang Dakota Fanning ni pakai
tapi ada ke fabrik camni kat Malaysia?

Friday, 2 March 2012

Marchesa Fall 2012 Collection

Marchesa Fall 2012 Collection





I have always loved Marchesa's collection.
Georgina Chapman and Keren Craig have always comes up with the most gorgeous dresses.
I especially love the detailing on the dresses such as the embroidery lace and feathery tulle.
Their Fall 2012 Collection could serve as an inspiration for a gorgeous wedding dress. :))

With so many beautiful designs and dresses out there, how can someone only choose 4?