Showing posts with label Engagement. Show all posts
Showing posts with label Engagement. Show all posts

Monday, 13 August 2012

Review engagement foods & deco



Assalamualaikum..

Sengaja update yang ni malam-malam lepas berbuka,siang hari kang terliur pulak,hehe

Masa majlis tunang hari tu, masak sendiri je lauk-pauk
jemputan pun bukan nya ramai :P
kuih-kuih je tempah :)

Menu utama nya adalah nasi briyani, ayam goreng, dalca & acar
dimasak oleh ibu tiri & ayah saya dibantu oleh adik2 lelaki saya
tukang rewang pulak kawan2 saya berdua tu,haha
malang pulak masa saya tunang,masa tu lah adik2 perempuan saya exam walaupun hari Ahad
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun gas habis pukul 4 pagi
syukur menjadi jugak kek hantaran yang tengah kukus oleh Shoe,kawan saya
ingatkan tak jadi dah sebab gas habis tiba-tiba
pengajaran di sini, sediakan gas spare sebelum habis,hehe

Ok,masa untuk gambar
tempat makan kat garaj luar rumah je :D

bahagian menu utama
masa ni dah habis makan-makan dah :)

bahagian kuih2 & sebagainya
deco ringkas
guna apa yang ada di rumah :D

sangkar burung tu saya letak bunga roses artificial & buat jadi tempat sudu garfu..
ni main belasah je,haha
rumput2 plastik saya susun kat tengah2 meja sederet
dua bekas tu letak gula-gula & puding untuk adik-adik tunang & sepupu sy yang kanak2 ribena lagi,hehe
last2, masa dorang nak balik,saya letak je semua dalam plastik bagi adik2 tunang saya untuk bekal :D

kuih2 & makanan tambahan jadi banyak pulak last2 minit,huhu
bahulu disponsor oleh nenek atok tiri saya
tq walaupun 1st time jumpa betul2 :D
mufin cik ngah sposor
tq!

brownies & kek apam gula hangus
Kek apam gula hangus tu sy tempah sebab adik2 saya suka
tempah dekat makcik jual kuih kat area kg saya je
dalam RM20 je kot,xingat dah :P

Brownies ni tempah kat kawan saya sebab saya sendiri teringin nak makan,haha
memang sedap sangat
insyaAllah ada rezeki nak tempah lagi masa saya kahwin pulak,hehe
RM50 je untuk plain large brownies
ada dalam 80 pieces yang dah dipotong kecik2
saya hidangkan yang mana muat bekas je

FB brownies tu

http://www.facebook.com/pinkyretrosbazaar 

Sekian, selamat menjamu mata :D

Friday, 27 July 2012

Review engagement OP

*entry banyak gambar*

Assalamualaikum..

Lama tak update..busy ngan wedding preps adik & sendiri punya

Tajuk gempak je padahal tkde OP pun,hehe
photographer adalah adik bongsu saya,bakal hafizah insyaAllah & BFF saya merangkap MUA,hehe

bersama adik saya



check gmbar2 adik saya snap :P

banyak jugak wat sesi outdoor keliling rumah,haha
saya sebenarnya bukan hantu gmbar pun tapi kwn2 saya  suruh so layankan je la
orang berbudi,kita melayan kan,hehe
lagipun dorang kata consider praktis la nanti masa kahwin kan kena banyak bergambar
betul jugak kan cakap mereka
penat la saya duk tersenyum & bukak mata sebab mata kuyu

sesi pertama
lokasi: tangga rumah




sesi kedua
lokasi: pelamin la sgttt..



mereka memang hantu bergambar :P


pose wajib: tayang cincin


pose tak boleh blah
bahahahahaha

sesi ketiga
lokasi: kolam tepi rumah

props: kerusi tempat menjahit yang depa angkut


dalam kolam pun boleh posing ni
masa ni depa tak perasan ada katak dalam kolam
bila saya cakap terus mjerit2,haha
 


ratu posing ni,hehe


sopan



pose2 mengarut dah nii..





mak jemah sgt tgh fake gelak,bahahaha
fake gelak smbil tayang cincin,uols mampu ke,hahaha


pandang apa ntah,fake lagi disitu,haha


girls gone wild,haha


tak tahu la apa motif nya ni,haha

sesi keempat
lokasi: pagar batu keliling rumah
 
 


sesi kelima

lokasi: laluan tepi rumah
props: kerusi pelamin


pose ayu, dalam hati penatnya senyum..bila nak berakhir seksaan ni,kah3











at the end, saya dapat dalam 600-700 pics jugak bila cmpur gmbr2 adik, Shoe & adik tunang saya tangkap..banyak jugak kan,hehe
yang paling penting enjoy & tak malu2 sebab ngan famili & kengkawan je :)
serius, banyak gelak jugak especially sebab saya fail bab posing2 ni,haha

Shoe jugak wat kolaj ngan apps iphone dia
terharu jugak sbb suka sgt2  
♥ 






sorry kalo buat uols meluat tgok gmbar2 saya bnyk sgt,hihi
:)

Friday, 20 July 2012

Review MUA Engagement

Assalamualaikum

Selamat berpuasa :))
saya tak puasa pun esok, cuti :P


Actually MUA engagement saya adalah diri sendiri je,hehe
tapi dibantu oleh besties saya Shoe yang pakaikan eyeshadow & mascara
serta Sal yang pakaikan shawl & veil
saya memang fail bab memakai shawl ni :P

bersama Sal..kecik comel je orang nya :)
bersama Shoe



gambar2 non edit ni
ada bekas parut jerawat xberjaya saya sorok kat bawah dagu :P


barangan make up yang kebanyakan nya beli kat Watsons je kecuali 
two way foundation Bebeco, korean brand sy beli dari kedai Max Beauty di Setia City Mall
dalam RM50 shaja after 50% diskaun, ada refill sekali :D

Wednesday, 18 July 2012

Review hand bouquet

Assalamualaikum

Kali ini saya nak review pasal hand bouquet pula
hand bouquet saya DIY sendiri je
senang je,sesiapa pun mampu juga :D

kepentingan HB ni bagi saya lah kan adalah supaya takde lah nampak gugup sangat
bayangkan saya ni nak hulur tangan sarung cincin pun dah mnggeletar,ahaha
saya memang tak suka jadi perhatian ramai agaknya
malu lah!

 


flowers yang saya guna: baby's breath, pink roses, purple chrysanthemum, serta pink & white eustoma

sangat suka :))
flowers nya dah buat mandi bunga dah pun,hehe

Tuesday, 17 July 2012

Review engagement hantaran

Assalamualaikum

Saya nak review pasal hantaran pulak
hantaran tunang kami buat seminimum yang boleh, 3 balas 5 je,huhu

barang-barangnya:
1. t-shirt
2. kain baju Melayu
3. songkok + pin bju melayu
4. buah
5. kek lapis

Hiasan pulak tema cream + pink
saya gubah sejemput & then ajar kawan2 saya
sebab baju tunang xsiap beading lg mse tu,huhu
fresh flowers dibeli petang jumaat since saya ada tempahan hantaran untuk dihantar sabtu pagi
type of flowers saya guna adalah baby's breath, eustoma, carnation, chrysanthemum & orchids
ada jugak saya hiasi dengan cream pearls tapi gambar bawah ni masa tak letak lagi :P





semua sekali





Review engagement dais

Assalamualaikum..

Nak review dais ataupun tempat sarung cincin,hehe
wat simple2 je men belasah je,huhu

kerusi tu kerusi lama yang saya upholster sendiri masa kakak saya kawan 3 tahun lepas

tak nak duk kat lain sebab nanti takut nampak gemuksss
gambar dais kakak saya pada entri di SINI


pagi ahad tu adik saya baru belikan berus cat yang kecik
so gigih la saya cat bahagian putih2 tu sebab dah kotor2.huhu

kain pink yang backdrop belakang tu yang terjurai2 tu beli kat Nagoya PAS shah alam je
RM6 semeter, so saya beli 2 meter
kawan saya potong sabtu malam ahad tu
pagi ahad tu saya cari tali apa yang ada & ikat jadikan tirai,hehe

tirai RM12 :D

hasilnya
sori tak de gmbar kosong,huhu


semasa majlis



tunduk je masa ni sebab segan sorang2 duduk atas kerusi yang lain duk kat lantai,haha
masa ni dah sarung cincin dah,tengah kata2 terakhir

kemudian kerusi kami (saya & besties) angkut keluar kat tepi rumah jadikan tempat outdoor photoshoot la konon,haha



bersama mak tiri & ayah

kesimpulan nya adalah, gunakan apa yang ada & less is more :D