Showing posts with label Engagement checklist. Show all posts
Showing posts with label Engagement checklist. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Almost done


Engagement list
Date: Sunday,15 July 2012

1.Outfit (pastel pink)
2.Hand bouquet
3.Tudung  done
4.Veil

5.Hantaran (white/cream)
-fruits
-cake consider done (sponsor by mama)
-chocs consider done (sponsor by sis)
-songkok & butang baju Melayu
-jacket consider done (dibeli sendiri oleh dia)


Hantaran untuk saya iaitu cincin & kain pasang dah setel


So,tinggal outfit je & songkok tinggi.
Yay.so, almost done :)
Future husband gediks nak jugak songkok tinggi dia tu,huhu.Takpe,layankan je :D


Outfit kena siapkan cepat2 lepas final nanti sebab dapat tempahan hantaran 9+7 dulang pada 13 July nanti..actually saya tolak mula2 tapi akak tu baik & fikir2 majlis saya takde apa sangat urgent nak disiapkan masa tu pun so saya terima je lah :)

Akak Fina suka pada dua set gubahan ni
Perasan tak ribbon grey tu?
Tu future husband saya yang reka & ikat,haha
Bakat terpendam :D

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada & business semakin maju walaupun slow2 mengorak langkah

:)



Saturday, 26 May 2012

Engagement list

Engagement list
Date: Sunday,15 July 2012

1.Outfit (pastel pink)
2.Hand bouquet
3.Tudung  done
4.Veil

5.Hantaran (white/cream)
-fruits
-cake consider done (sponsor by mama)
-chocs consider done (sponsor by sis)
-songkok & butang baju Melayu
-sireh junjung?


majlis tunang saya simple je
untuk cukup syarat ;)
sebenarnya tak nak tunang pun sebab dah nak kahwin dah pun kan
tapi permintaan family,so ikut je la :)

asalnya tak nak buat baju baru pun
tapi disebabkan Mr.W nak umumkan engagement & wedding kitorang melalui gambar...
so,saya wat la baju baru :)

kain semua beli kat Kamdar je
kain crepe untuk baju Melayu actually
malas nak guna chiffon,kena berlining bagai pulak,huhu
murah je,pastel pink tu dlm RM12 semeter
pastel blue & purple tu dalam RM6.90 camtu la

kain baju tunang saya

pastel blue & purple flowers untuk baju engagement saya



harap baju nya menjadi
dah lama tak buat dress :D


oh,saya takde pun pelamin untuk engagement ni
planning nak sarung cincin kat atas sofa dalam living room je,hehe