Lamanya tidak aktif di blog. Sudah bertahun-tahun rupanya. Saya dan suami sekarang tinggal di Merbok, Kedah. Suami dihantar bekerja di sini dan sudah tentulah saya pergi sekali berhijrah bersamanya. Alhamdulillah hujung tahun ini genaplah 2 tahun kami tinggal di sini. So far so good.
Kami tidak pernah membayangkan akan tinggal di sini dan memanggil Kedah sebagai hometown kami. Tapi itulah perasaannya sekarang - home, bukan sekadar persinggahan. Kehidupan kami di Merbok ini sangat berlainan dengan kehidupan kami di Shah Alam atau Meru dahulu. Kehidupan kampung bergerak lebih perlahan, santai serta aman damai. Jika dahulu, shopping mall lah tempat kami beriadah dan menghabiskan masa. Sekarang, jejak shopping mall lebih dari sebulan dua, tiga kali pun jarang. Kami pergi ke Tesco sebulan sekali untuk membeli barang keperluan rumah dan selebihnya membeli di pasar, pasar malam dan kedai-kedai runcit berhampiran.
Sekali-sekala kami menjejakkan diri ke Amanjaya Mall untuk date night dan menonton wayang di GSC. Kenapa mesti GSC? Sebab utamanya hanyalah kerana saya gemarkan popcorn di situ berbanding dari pawagam-pawagam yang lain.
Memang berbeza sangat kehidupan dulu dan sekarang. Kami pulak duduk di area yang memang masih kampung suasananya. Udara segar, takdelah penuh berasap macam sebelum ni. Sekeliling penuh dengan alam semulajadi seperti sawah padi, gunung Jerai, air-air terjun & pantai-pantai. Mula-mula memang kekok lah jugak, mana taknya, masa teringin nak makan Big Apple, kena pergi sejauh Alor Star atau Penang yang dalam 45 minit hingga ke 1 jam perjalanan one way. Tapi sekarang dah ada dah Big Apple di Sg. Petani, hehe. Tu pun kira orait dah.
Ini hometown saya sekarang :D

Gunung Jerai |
Segantang Garam
|
No comments:
Post a Comment