Wednesday, 5 October 2016

Memancing di Kelong, Segantang Garam



P/S: Gambar sekadar hiasan :D

Hobi suamiku adalah memancing. Sesibuk mana pun mesti dia nak memancing sekurangnya 3-4 minggu sekali. Kalau tak dia meroyan, hehe. Kalau nak memancing, dia akan pergi ikut geng memancing di laut atau memancing di kelong dan paling kerap sekali di Chalet Terapung Segantang Garam.

Cuti Maal Hijrah baru ni kami pergi memancing di kelong Pak Lang di Segantang Garam. Bagi yang tak tahu, kelong ni structure yang terletak di tengah muara atau pinggir laut yang kebiasaannya berfungsi sebagai tempat penternakan ikan. Kelong yang kami pergi ini dimiliki oleh Pak Lang dan dia ada 2 buah kelong. Sebelum ini, kami pergi ke kelong utama tapi kali ini kami pergi ke kelong kedua Pak Lang. Kelong utam tu dah ada group lain yang book lagi awal. Pak Lang ni ada membela ikan siakap & ikan kerapu untuk dijual. Orangnya memang friendly dan senang berkira.

Untuk ke kelong ni, kena naik bot dari jeti di Segantang Garam. Naik bot sekejap je pun dah sampai. Dari jeti nelayan Segantang Garam memang nampak kelong-kelong. 



Kelong-kelong
Atas bot

     
      
Memberi makan bagi ikan belaan
View dari kelong kami memancing. Di darat tu lah jeti nelayan. 
Fokus memancing




Ikan Sembilang
Dalam separuh dari hasil tangkapan 


Alhamdulillah, dapat banyak jugak hasil tangkapan cuma tak semeriah dulu. Sebelum ni, masa memancing di kelong utama tu dapat ikan merah dan hampir dapat ikan kerapu tapi terlepas di saat akhir. Group memancing yang di kelong utama dapat 2 ekor ikan merah yang agak besar dan ikan-ikan lain. Kami dapat ikan sembilang, ikan nyot-nyot, ikan gelama dan ikan gerut-gerut. Nampaknya lain kali memang kena memancing kat kelong utama jugak,hehe.

Kami
Bosan-bosan, selfie lah apa lagi

Memancing hingga ke lewat petang

Kami memancing dari pukul 9 sampai ke pukul 7. Sempatlah tengok sunset :D
Masa boleh kawtim dengan Pak Lang. Selalunya sehari dalam 2 sesi la. Kalau dari pagi sampai ke lewat petang. Ada jugak yang bermalam dari pukul 8 sampai pagi keesokannya. Masa kami sampai pagi tu, ada group dari Penang baru nak mengemas balik. Katanya diorang dari malam semalam & tidur kat sana. Kat kelong tu ada bilik kecil yang kosong, senang nak solat. Air dan makanan kena bawak secukupnya. Angkut lah atas bot tu, takde hal. Kalau ada yang berminat nak pergi, boleh e-mail untuk nombor Pak Lang. 





Monday, 5 September 2016

Jadi kampung girl

Lamanya tidak aktif di blog. Sudah bertahun-tahun rupanya. Saya dan suami sekarang tinggal di Merbok, Kedah. Suami dihantar bekerja di sini dan sudah tentulah saya pergi sekali berhijrah bersamanya. Alhamdulillah hujung tahun ini genaplah 2 tahun kami tinggal di sini. So far so good.

Kami tidak pernah membayangkan akan tinggal di sini dan memanggil Kedah sebagai hometown kami. Tapi itulah perasaannya sekarang - home, bukan sekadar persinggahan. Kehidupan kami di Merbok ini sangat berlainan dengan kehidupan kami di Shah Alam atau Meru dahulu. Kehidupan kampung bergerak lebih perlahan, santai serta aman damai. Jika dahulu, shopping mall lah tempat kami beriadah dan menghabiskan masa. Sekarang, jejak shopping mall lebih dari sebulan dua, tiga kali pun jarang. Kami pergi ke Tesco sebulan sekali untuk membeli barang keperluan rumah dan selebihnya membeli di pasar, pasar malam dan kedai-kedai runcit berhampiran. 

Sekali-sekala kami menjejakkan diri ke Amanjaya Mall untuk date night dan menonton wayang di GSC. Kenapa mesti GSC? Sebab utamanya hanyalah kerana saya gemarkan popcorn di situ berbanding dari pawagam-pawagam yang lain.

Memang berbeza sangat kehidupan dulu dan sekarang. Kami pulak duduk di area yang memang masih kampung suasananya. Udara segar, takdelah penuh berasap macam sebelum ni. Sekeliling penuh dengan alam semulajadi seperti sawah padi, gunung Jerai, air-air terjun & pantai-pantai. Mula-mula memang kekok lah jugak, mana taknya, masa teringin nak makan Big Apple, kena pergi sejauh Alor Star atau Penang yang dalam 45 minit hingga ke 1 jam perjalanan one way. Tapi sekarang dah ada dah Big Apple di Sg. Petani, hehe. Tu pun kira orait dah.

Ini hometown saya sekarang :D



Gunung Jerai

Segantang Garam


Jeti Nelayan Segantang Garam
Kampung Sg. Baru ketika musim padi baru nak bermula




Kampung Bujang masa padi tengah menghijau


Yan ketika musim menuai padi


Air Terjun Seri Perigi


 
Air Terjun di Museum Arkeologi Lembah Bujang


Lubuk Tupah
Pantai Tanjung Jaga



Pantai Tanjug Jaga
Pantai Tanjung Dawai


Pantai Tanjung Dawai



Tuesday, 11 February 2014

Featured in Inspirasi Perkahwinan

Assalamualaikum..

Lama sungguh xupdate blog..
Dah setahun jgak la since last post sebelum ni..
Alhamdulillah, bulan lepas sy dah selamat viva master..
InsyaAllah hjg minggu ni dpt la result..
dupdapdupdap..
Harap lepas ni dapat la berblogging semula,hehe..


Bulan lepas (January 20140 wedding sy dpt featured dlm majalah Inspirasi Perkahwinan (IP)
Feeling2 pngantin baru la ape lg w/pun dah basi sbnrnya :D
So,ni lah dia..



Macam mana blh msuk IP tbe2 ni?
Actually, ad follow FB  Inspirasi Perkahwinan tu..
Hjg thun lpas dorg ad update status nak feature wedding yg DIY..so sape2 nk try, depa suruh emel gmbr2..
So,sy pn emel la gmbr2 mne yg rse cam ok..
Tengok2 depa kata nak masukkan,hehe..
Untuk mana2 DIY bride yg lain boleh la try jgak,wat kenangan tnjuk kt ank cucu,huhu..
Korang leh tgok status bru IP kat FB ni, ada emel depa..




Wednesday, 27 February 2013

Wedding review: wedding cake

Assalamualaikum..

Dah berbulan2 xupdate blog nmpak nya..
bru ada perasaan nak update,huhu

Alhamdulillah life selepas marriage memang best..
tapi xsmuanya indah,masih dalam proses kenali hsband dgn lbih mdalam & mbiasakn hidup berdua :)

Kali ni nak review tentang kek
kek ni tak wajib pun,saja2 je nak memeriahkan
utk save budget,kek hantaran lelaki ke sy adalah kek sama yg sy guna utk potong
2 in 1 la,hehe
cuma tambahan nya adalah cake topper yang sy DIY sendiri :D

the cake :D

the cake topper yg sy sgt3 suka :D
memotong kek

the purple,pink & blue rainbow cake   

selebet sy potong kan,haha

anyways, rainbow cake & cream cheese ni sy order dari sini 
hanya RM70 sahaja
sedap pun sedap smpi MIL sy sruh order lg utk SIL sy merasa
SIL sy xdpt dtg sbb dia kt srawak
overall,sgt bpuas hati :D

Thursday, 29 November 2012

Editing pictures

Assalamualaikum..

Alhamdulillah album & gmbar dah dapat dari OP..
gambar cantik2 & sangat berpuas hati :)
sekarang tengah gatal tangan mengedit,hehe

Before


After


Perbezaan paling ketara adalah muka sudah flawless tanpa jerawat,hehe