Wednesday, 5 October 2016

Memancing di Kelong, Segantang Garam



P/S: Gambar sekadar hiasan :D

Hobi suamiku adalah memancing. Sesibuk mana pun mesti dia nak memancing sekurangnya 3-4 minggu sekali. Kalau tak dia meroyan, hehe. Kalau nak memancing, dia akan pergi ikut geng memancing di laut atau memancing di kelong dan paling kerap sekali di Chalet Terapung Segantang Garam.

Cuti Maal Hijrah baru ni kami pergi memancing di kelong Pak Lang di Segantang Garam. Bagi yang tak tahu, kelong ni structure yang terletak di tengah muara atau pinggir laut yang kebiasaannya berfungsi sebagai tempat penternakan ikan. Kelong yang kami pergi ini dimiliki oleh Pak Lang dan dia ada 2 buah kelong. Sebelum ini, kami pergi ke kelong utama tapi kali ini kami pergi ke kelong kedua Pak Lang. Kelong utam tu dah ada group lain yang book lagi awal. Pak Lang ni ada membela ikan siakap & ikan kerapu untuk dijual. Orangnya memang friendly dan senang berkira.

Untuk ke kelong ni, kena naik bot dari jeti di Segantang Garam. Naik bot sekejap je pun dah sampai. Dari jeti nelayan Segantang Garam memang nampak kelong-kelong. 



Kelong-kelong
Atas bot

     
      
Memberi makan bagi ikan belaan
View dari kelong kami memancing. Di darat tu lah jeti nelayan. 
Fokus memancing




Ikan Sembilang
Dalam separuh dari hasil tangkapan 


Alhamdulillah, dapat banyak jugak hasil tangkapan cuma tak semeriah dulu. Sebelum ni, masa memancing di kelong utama tu dapat ikan merah dan hampir dapat ikan kerapu tapi terlepas di saat akhir. Group memancing yang di kelong utama dapat 2 ekor ikan merah yang agak besar dan ikan-ikan lain. Kami dapat ikan sembilang, ikan nyot-nyot, ikan gelama dan ikan gerut-gerut. Nampaknya lain kali memang kena memancing kat kelong utama jugak,hehe.

Kami
Bosan-bosan, selfie lah apa lagi

Memancing hingga ke lewat petang

Kami memancing dari pukul 9 sampai ke pukul 7. Sempatlah tengok sunset :D
Masa boleh kawtim dengan Pak Lang. Selalunya sehari dalam 2 sesi la. Kalau dari pagi sampai ke lewat petang. Ada jugak yang bermalam dari pukul 8 sampai pagi keesokannya. Masa kami sampai pagi tu, ada group dari Penang baru nak mengemas balik. Katanya diorang dari malam semalam & tidur kat sana. Kat kelong tu ada bilik kecil yang kosong, senang nak solat. Air dan makanan kena bawak secukupnya. Angkut lah atas bot tu, takde hal. Kalau ada yang berminat nak pergi, boleh e-mail untuk nombor Pak Lang. 





No comments: