Monday, 13 August 2012

Review engagement foods & deco



Assalamualaikum..

Sengaja update yang ni malam-malam lepas berbuka,siang hari kang terliur pulak,hehe

Masa majlis tunang hari tu, masak sendiri je lauk-pauk
jemputan pun bukan nya ramai :P
kuih-kuih je tempah :)

Menu utama nya adalah nasi briyani, ayam goreng, dalca & acar
dimasak oleh ibu tiri & ayah saya dibantu oleh adik2 lelaki saya
tukang rewang pulak kawan2 saya berdua tu,haha
malang pulak masa saya tunang,masa tu lah adik2 perempuan saya exam walaupun hari Ahad
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun gas habis pukul 4 pagi
syukur menjadi jugak kek hantaran yang tengah kukus oleh Shoe,kawan saya
ingatkan tak jadi dah sebab gas habis tiba-tiba
pengajaran di sini, sediakan gas spare sebelum habis,hehe

Ok,masa untuk gambar
tempat makan kat garaj luar rumah je :D

bahagian menu utama
masa ni dah habis makan-makan dah :)

bahagian kuih2 & sebagainya
deco ringkas
guna apa yang ada di rumah :D

sangkar burung tu saya letak bunga roses artificial & buat jadi tempat sudu garfu..
ni main belasah je,haha
rumput2 plastik saya susun kat tengah2 meja sederet
dua bekas tu letak gula-gula & puding untuk adik-adik tunang & sepupu sy yang kanak2 ribena lagi,hehe
last2, masa dorang nak balik,saya letak je semua dalam plastik bagi adik2 tunang saya untuk bekal :D

kuih2 & makanan tambahan jadi banyak pulak last2 minit,huhu
bahulu disponsor oleh nenek atok tiri saya
tq walaupun 1st time jumpa betul2 :D
mufin cik ngah sposor
tq!

brownies & kek apam gula hangus
Kek apam gula hangus tu sy tempah sebab adik2 saya suka
tempah dekat makcik jual kuih kat area kg saya je
dalam RM20 je kot,xingat dah :P

Brownies ni tempah kat kawan saya sebab saya sendiri teringin nak makan,haha
memang sedap sangat
insyaAllah ada rezeki nak tempah lagi masa saya kahwin pulak,hehe
RM50 je untuk plain large brownies
ada dalam 80 pieces yang dah dipotong kecik2
saya hidangkan yang mana muat bekas je

FB brownies tu

http://www.facebook.com/pinkyretrosbazaar 

Sekian, selamat menjamu mata :D

2 comments:

Rahmah said...

cntik deco...menyelerakan nmpak...semoga persiapan berjalan lncar...

anakpakshaikh said...

banyak juga kuih muih ea.... salam perkenalan dari zura